🔥 PROMO RM20 SEBULAN TERHAD!
Ada kemusykilan mengenai proses pendaftaran, pemasangan, atau servis berkala? Kami telah kumpulkan jawapan bagi soalan yang paling kerap ditanya untuk membantu anda membuat keputusan dengan lebih yakin.
Q1: Apa syarat untuk daftar produk Coway? Susah tak nak lulus?
A: Syaratnya sangat mudah. Anda hanya perlukan Kad Pengenalan (IC) dan Kad Debit/Kredit bank tempatan. Tidak perlu slip gaji, tidak perlu penjamin. Suri rumah, pelajar, dan peniaga sendiri pun boleh memohon dan mudah lulus.
Q2: Adakah produk Coway ini Halal? A: Ya, dijamin 100% Halal.
Kesemua produk dan penapis (filter) Coway telah mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM. Anda boleh gunakan tanpa was-was untuk seisi keluarga.
Q3: Saya duduk di Sabah/Sarawak, boleh ke pasang?
A: Boleh! Coway mempunyai liputan pemasangan dan servis di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pemasangan dilakukan oleh juruteknik profesional Coway yang terlatih.
Q4: Berapa bayaran permulaan yang saya perlu sediakan?
A: Kebanyakan promosi Coway sekarang menawarkan Pendaftaran Percuma (Free Registration). Ini bermakna anda tidak perlu bayar yuran proses RM200. Anda hanya perlu bayar sebulan pendahuluan sewa beli sahaja untuk mula pasang.
Q5: Berapa lama tempoh kontrak sewa beli?
A: Tempoh kontrak standard adalah selama 5 tahun (atau sehingga 7 tahun untuk pakej Wow Promo). Walau bagaimanapun, tempoh minimum (lock-in period) biasanya adalah 3 tahun. Selepas tamat tempoh kontrak, produk tersebut akan menjadi hak milik kekal anda.
Q6: Ada sebarang caj tersembunyi (hidden charge)?
A: Tiada sama sekali. Bayaran bulanan anda adalah tetap dan sudah termasuk kos produk, kos servis berjadual, penukaran filter berjadual, dan waranti penuh. Jika rosak, Coway baiki percuma (dalam tempoh warranti)
Q7: Berapa lama masa diambil untuk pasang selepas daftar?
A: Proses biasanya mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja selepas pendaftaran anda disahkan. Pihak juruteknik Coway akan menghubungi anda terlebih dahulu untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai dengan anda.
Q8: Kalau saya berpindah rumah, macam mana dengan produk Coway saya?
A: Jangan risau. Coway menawarkan khidmat pemindahan produk (relocation service) secara PERCUMA sekali setahun. Anda hanya perlu hubungi talian khidmat pelanggan atau beritahu saya untuk uruskan permohonan pindah tersebut.
Q9: Servis dan tukar filter kena bayar ke?
A: Tidak perlu bayar. Sepanjang tempoh sewa beli, "Cody" (Coway Lady) akan datang ke rumah anda secara berjadual untuk servis sanitasi dan untuk tukar filter secara percuma.
Q10: Adakah air Reverse Osmosis (RO) akan menyerap atau "mencuri" mineral daripada badan kita?
A: Tidak. Itu adalah mitos yang tidak tepat dari segi sains. Berikut adalah faktanya:
Mineral daripada Makanan: Badan manusia mendapat lebih 95% keperluan mineral daripada pemakanan harian (seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan protein), bukannya daripada air minuman.
Fungsi Utama Air: Fungsi utama air adalah untuk penghidratan, mengawal suhu badan, dan membantu proses penyingkiran toksin. Air RO yang tulen menjalankan tugas ini dengan sangat berkesan.
Sistem Badan yang Stabil: Tubuh kita mempunyai sistem homeostasis yang mengawal keseimbangan mineral dalam darah secara semula jadi. Minum air RO tidak akan menjejaskan mineral dalam tulang atau sel badan.
Keselamatan Maksimum: Penapisan RO Coway mampu menapis bendasing sekecil 0.0001 mikron, termasuklah logam berat, virus, dan bahan kimia berbahaya. Kami mengutamakan air yang 100% bersih dan selamat untuk kegunaan jangka panjang keluarga anda.